Assalamualaikum buat semua pembaca....
Salam maulidur Rasul buat semua saudara saudari islam - ku.
Bersyukur kita ke - hadrat illahi kerana kita berpeluang merasai nikmat yang diberikan hingga ke hari ini..kita juga berpeluang menunaikan ibadat yang sebolehnya oleh kita sebagai seorang umat islam di muka bumi ini. Hari ini sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai umat yang disayangi oleh nabi kita Rasulullah Saw..
Alhamdulillah...saya berpeluang merasai detik hari ini, dimana hari ini adalah tarikh kelahiran seorang pemimpin yang sangat disayangi oleh semua umat islam dimana kedudukanya sebagai pemimpin Ya rasulullah saw adalah sangat tinggi disisi Allah Swt. Amin. Sungguh kami merindui - Mu ya Rasulullah..andai tidak dapat kami menatap wajahmu sesungguhnya kami dapat mengikuti as sunnah mu yang engkau tinggalkan kepada umatmu...
Ya Rasulullah, sesungguhnya kami sebagai umat islam di muka bumi ini hanya mampu memanjatkan doa kesyukuran kepadamu agar kami tidak lupa dengan segala pengorbanan yang Engkau lakukan demi agama islam yang engkau perjuangankan. Allahuakhbar. Syukur.
Sesungguhnya akhlak keperibadian mu adalah sangat terpuji tiada bandingan. Keperibadian baginda memainkan peranan yang sangat dikasihi dan dimuliakan oleh teman-teman baginda. Antara 7 sunnah yang sering baginda lakukan dalam kehidupan sehariannya ialah :
* Tahajud
* Membaca Al quran
* Solat di masjid secara berjemaah
* Menjaga solat Dhuha.
* Sedekah setiap hari
* Menjaga wudhu
* Beristighafar
" Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah Saw itu suri teladan yang amat baik bagimu (yaitu) Bagi orang yang mengharap ( rahmat ) Allah Swt dan ( kedatangan ) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah Swt." Al- Ahzab.
Amin.amin.amin ya rabbal alamin... (^_^)
Sam..Jaja ada blog jugak kah?...meh la suruh dia friend2 dgn saya..hahaha..=)
ReplyDeleteAdik jaja xde blog la...ohw...nak suruh jadi follower yer...hehe
ReplyDelete