Saturday, 24 August 2013

Alhamdulillah + Bersyukur

Assalamualaikum,

Dah tiba masanya nak updated blog kesayangan hamba ni "MISS SUZIEAN" :) Gembira rasa dihati ingin dikongsikan bersama-sama pembaca yang sedang membacanya..hihi...

Aik...belum start cerita dah ada "hihi".. macam banyak rasanya nak dikongsikan bersama.. hmm.. itu pun kalau jari jemari Miss Suziean ni tak penat nak taip..maklumla nak starting story ni mesti excited sangat :). Semoga dipermudahkan setiap apa yang ingin kita lakukan.Amin.

24.08.13 merupakan tarikh yang sangat indah buat miss suziean..nak tahu kenapa? Sebenarnya.. tarikh tersebut merupakan hari yang dinantikan oleh penduduk Melaka.. dimana konsert CINTA RASUL telah diadakan d stadium Hang Tuah Melaka. Wah bertapat gembiranya orang-orang yang hadir pada malam tersebut.. ada juga yang datang bersama family.. kawan-kawan, dan ada juga yang datang mengikut rombongan berserta sepanduk-sepanduk yang memaparkan tulisan "LAH ILLA HAHILALLAH MUHAMMADURASULULLAH"

Terasa macam diri ini di dalam kumpulan orang-orang yang memperjuangkan agama islam di medan perang.Alhamdulillah dapat juga diri ini menghadiri majlis-majlis amal mahupun konsert yang berkisarkan agama. ;)

Habib Syech ali Qoddir Assegarf merupakan orang Indonesia... wah kalau la ada Allahyarham ustad jefri@ujie mesti best sangat.. mesti gempak malam itu rasanya :) tetapi habib ali Zaenal Abidin tidak dapat datang disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan beliau untuk mengikuti majlis cinta rasul malam tersebut.. aduuuhh...terlepas pula nak tengok wajah ustad habib zaenal ni..biasanya.. setiap kali konsert cinta rasul akan diadakan.. habib zaenal akan ada untuk menyampaikan ceramah tersebut.. tapi tak apalah.. tukar ustad yang lain pun,masih boleh juga mendapat ilmu serta cerita-cerita Nabi di zaman terdahulu.. :)

Tidak mengapa.. jika diberi peluang menghadiri sekali lagi.. miss suziean nak join.. itupun kalau tiada halangan la.hihi

Ok la... sampai disini sahaja yang termampu miss suziean sampaikan buat pembaca. Ok daa~~

* tahukah kamu setiap air kencing Baginda akan dilenyapkan di permukaan tanah, ini mengelakkan daripada sahabat-sahabat baginda berebut untuk mendapatkanya,kerana air kencing baginda sungguh harum dan berwarna putih..begitu juga dengan setiap yang dipakai oleh baginda.. selendang..cincin..serban..baju mahu pun yang membaluti tubuh baginda menjadi pujaan setiap khalifah-khalifah dan juga saudara-saudara baginda. Subhanallah..




Miss Suziean with her story...


No comments:

Post a Comment