Assalamualaikum wbt....
Welcome to September and i cannot waiting to next month... ngeeee~~~ rasa tak sabar pula nak habis bulan kan...kan...kan
*Miss Suziean ada "planning" =) tungguuuu.....
Ok la.. kalau sebelum ni.. entry miss suziean cerita tentang loving,family,friends,work la.. tapi entry kali ni sekadar nak berkongsi sesuatu yang benar-benar kita lakukan dengan ikhlas. Tentang lafaz yang kita ucapkan setiap saat,minit,hari dan selama lamanya sehingga akhir hayat kita dengan lafaz yang terakhir terkeluar dari bibir kita iaitu "Ashadu allah illa ha illa allah waashaduanna muhammadurrasulillah"... ketahui la.. kita tidak akan tahu sama ada dihujung hayat hidup kita ni samada masih boleh ke tidak untuk melafazkan kalimah tersebut.. Allahukakhbar.. mudah mudahan kita perolehi nikmatnya.. Amin for that.
~Lafaz niat menjadikan anda insan yang luar biasa & istimewa~
Bissmillahirrahmannirrohimm:
1. Aku berjanji pada hari ini aku menjadi hamba Allah SWT yang taat. Aku dengar dan aku patuh.
2. Pada hari ini sku hapuskan segala kemarahan yang ada melainkan marahku apabila Allah SWT marah terhadap perbuatan mungkar.
3. Pada hari ini aku menghapuskan kebimbangan dan kerisauanku kerana semuanya Allah SWT telah Qada dan Qadarkan semuanya adalah baik untukku.
4. Pada hari ini aku akan sentiasa memanjatkan syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih pada manusia kerana Allah SWT akan tambahkan nikmat keatasku.
5. Mulai hari ini aku bebaskan segala tekanan yang aku rasa,kerana dengan mengingati Allah SWT hatiku menjadi tenang dan tenteram.
6. Pada hari ini aku akan melakukan kerja dengan amanah dan jujur kerana inilah sifat para Nabi SAW.
7. Pada hari ini aku akan lakukan kebaikan dan menyayangi pada semua orang disekelilingku.
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah Ar-Ra'd :ayat 11)
* copypaste from Shafiqolbu
*utk manfaat bersama.
Peace!!!
Miss suziean with her story
No comments:
Post a Comment