Assalamualaikum semua,
Entry kali ni Miss Suziean nak cerita pasal "sahabat kecil ku" dizaman sekolah rendah sk sungai manila sandakan sabah. Terharu rasa dihati.. sebab kawan-kawan berusaha ingin terus berhubung kawan-kawan lama.. ingin dikatakan juga kawan sekampung.
Allhamdulillah,
Dengan izinNYA kami dipertemukan semula setelah sekian lama terpisah,maklumla pada masa kami membesar tidak sama macam kanak-kanak masa kini.. contack ja dengan hp,e-mail dan sebagainya. Pada zaman kanak-kanak kami yang ada cuma public phone dan telefon umah ja untuk berhubung.
Tidak terlintas difikiran ingin bertemu semula ataupun cuba menghubungi semula.. semenjak tempat tinggal kami dikosongkan untuk pembangunan sebuah pekan, dah ramai yang berpindah randah termasukla keluarga miss suziean. Zaman sekolah menengah pun semua dah pilih sekolah masing-masing.
Ok..berbalik pada tajuk cerita miss suziean..ini memang cerita pada zaman sekolah rendah.. haha...banyak sangat cerita yang dikongsikan bersama. Bukan berkongsi tentang hal yang terkini tapi membincangkan cerita lama yang hanya tinggal kenangan.. ^^
Ok.. firstly kawan karib saya intan suruh join group sekolah rendah kami,bila dah join semua dah ingat ingat lupa..so kena la sent pic setiap orang, sebelum sent memang macam macam ragam nak ingat seseorang..silap silap sampai salah orang..hahha.
Admin group pula,tak habis habis cerita kenangan zaman sekolah rendah,segala pengasah pensil la,pemadamla,susu sekolah la, kawan-kawan sekolah yang melucukan la, tak tahu la nak katakan apa lagi. Rindunya nak balik semula zaman kanak-kanak ^^ kalaula masa ini dapat diundurkan balik. Nak ja main-main lompat getah la,main sembunyi-sembunyi la,main guli la,main kad-kad. Budak sekarang pula tak main dah semua ni,mereka dah ada hp,untung sangat kecil-kecil dah ada hp sendiri, laptop pun kerajaan dah bagi,ada gadget lagi tu, semuanya berubah mengikut teknolgi semasa yang semakin berkembang.
Walaupun hanya bertemu di alam maya sahaja, tapi sudah cukup untuk kami berkongsi segala cerita dan semuanya open minded ^^. Ada juga nak buat reunion semula, bestnya kalau dapat jumpa semula. Semua dengan kerjaya masing-masing,ada yang dah kahwin,dah ada anak dan ada juga yang belum berkahwin. Mesti best..^^
In sya Allah suatu hari nanti Miss Suziean akan bertemu semula dengan kawan-kawan miss suziean sewaktu di bangku sekolah rendah lagi. Biar masa yang menentukan biarla jarak yang memisahkan kami tetapi kenangan kami tidak mungkin akan lenyap. Syukur allhamdulillah dipertemukan sahabat yang boleh menerima kita seadainya. Benarla kata pepatah, bercinta biar satu bersahabat biarla seribu.. ehh? Betul tak apa yg miss suziean katakan ni? Hahaha.. rasa emotional ja tetiba.. macam serius rasanya entry miss suziean kali ni.
Apa pun miss suziean sangat gembira ^^ dengan kawan yang lain pun miss suziean gembira. Semoga persahabatan tiada garis akhirnya.
Wasalam.
Miss Suziean with her story.
No comments:
Post a Comment