Status dah bertukar dari Cik ke Puan dah~~~ =) hikhik....
Omg!! omg!! semua perasaan ada saat ini..ye laaa..dah kawen dah Miss Suziean ni,
Oh ya,,sorry sebab tak updated blog,sebab busy sangat... until today pun ada masa la sekejap nak updated blog~~ macam jer femes,orang nak baca blog akue yer~~ kikih...
NIKAH.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja,saya sudah jadi isteri orang,iaitu isteri kepada En.Ahmad Fikri Bin Abdul Latif =) sukaaaaaaaa sangaaaattt..... =p
Pandai imam tu..usik usik pengantin lelaki,supaya tak nevusss....hikhik!!
Sebelum majlis nikah bermula tu,pengantin perempuan stay kat dalam bilik,maklumla ikut adat dulo-dulo katanya Nenek,
Saat gembira bercampur sedih pun ada,yelaaa~~ sudah jadi isteri orang,jadi tanggungjawab seorang ayah/bapa sudah sampai tahap itu,maka dilepaskan anak yang disayangi kepada orang lain yang boleh diharapkan.
#sayamasihanakbapalagi
#sampaibilabila =)
Ok berbalik kepada pengantin tadi tu,alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar, =)
Saat bertentang mata buat kali pertamanya kepada Suami,terasa macam ada elektrik sikiiit...hahaha~~
Malu-malu pun ada,,, =p (yelaaa...pengantin kan,)
Bila dah bersanding tu,memang malu pun ada,untuk 20 minit yang pertama la,,,lepas tu sudah jadi tak malu owh,,hahaha.... =p kikikih,
Bestnya jadi pengantin,sebab semua orang nak jumpa kita termasuk kawan-kawan,sedara,sepupu dan orang yang tak dikenali.hihihi~~~ senyuuuum jeeee....
Dah habis sanding untuk majlis nikah tu,seriously... saya tak nak berpisah dengan En.Suami walaupun sesaat!! amboiiii....baru je nikah tu...hikhik =p tak nak la jauh-jauh..memandangkan en.suami duduk kat homestay dengan family mertua (senyum sikit =) )...kena la ikut....hmmm..hmmm...bagi jauh sikit sebab malam tu nak sanding lagi untuk malam merenjiss~~~~
Happy sangat sebab family yang dari jauh datang ke majlis kahwin ni,bertambah meriah dengan kehadiran kamu semua. =)
Balik semula cerita pasal kahwin ni,Masyaallah~~~ first time kena mekap,sakit satu badan ni duduk,tunggu,bila la nak siap,nak berjam jam baru siap,
Nasib baik yang mengandam tu,kakak sepupu sendiri,jadi boleh la nak bising-bising kat dia,"tak nak over-over mekapnya,kalau bole biar nampak sikit mata sepetku ni"~~) =p
pengantin membebel~~
tapi result puas hatiiii =) tq!!!!
Ok la,hari dah lewat malam,nanti kita sambung lagi, =)
Ok,kita belanja sikit pic masa kahwin-Nikah hari tu =)
No comments:
Post a Comment