Thursday, 27 November 2014

Membaca Dan Menyorok

Siapa pernah buat macam tu membaca lepas tu sorok buku?
Saya!!!!
heehehe~~

Tak tahu la,kenapa tiba-tiba tajuk ni boleh muncul,agaknya duduk kat sekolah ni,dah nampak sangat perangai mereka,membaca buku selepas tu sorokkan buku. =)
Teringat pulak waktu umur-umur macam mereka  ni,tak sekolah rendah atau naik sekolah menengah mesti buat perangai macam tu..... nak tahu kenapa?

First sekali,muka depan buku tu cantik sangat...hehe
Second buku tu nampak baru... ( nampak sangat cari buku yang baru je...)
Third mungkin kita memang perlukan buku tu,untuk tujuan rujukan ke,novel ke, dan sebagainya...puff..puff..puff.

Dah tu,masa baca buku tu,tak tahula dapat pinjam atau tak dapat pinjam sebabnya kad pinjam buku tak bawa ataupun tiada...hmm
Jadi bermula la strategi si pembaca untuk menyorokkan buku selepas itu.
Haa~~~ siapa yang tak pernah cuba?
Kalau awak semua tak pernah cuba,mungkin masa zaman kanak-kanak awak semua tak bestlaa~~
cehh!! cakap zaman kanak-kanak orang lain pulak yang tak best...hahaha =p

Alaa,biasanya bukan sorang dua je yang akan buat perangai macam ni,tapi dengan geng satu group dia pun akan buat juga,sebab tak nak orang lain dapat buku yang mereka baca tu.

Lagi tak best,bila kita dah siap dah tanda ataupun lipat helaian muka surat yang kita baca tu,boleh pulak orang yang baca selepas kita tu hilangkan ataupun tak disengajakan terbuka tanda tu. (penat nak cari tanda tuuuu...dah jauh dah baca pastu hilang!! confuse pun ada juga, eh,ni ke muka surat yang aku baca tu?eh,macam dah baca ni...hmm..dan segala-galanya yang keluar dari mulut..bla bla bla...


Ingatkan dah lepas zaman study ni,dah tak buat dah perangai macam tu.
Rupanya buat juga,masa tempat kerja dulu,bilik membaca baru je di tubuhkan untuk pekerja dan staf sunpower.
Masa tengah cari-cari buku tu,terjumpa la buku novel yang sweet sangat tajuk dia,cerita pun best jugakla,
Tengah best membaca buku novel ni,breaktime pun habis dah,so esok kiranya nak planning lagi la,baca balik bab yang tengah baca tu,masa tu la juga terfikir mana nak sorok buku novel tu,harap-harapnye takde la orang lain akan ambil buku novel tu...hikhik!!! nakal kan...haha =P

Sekarang dah tak kerja kat sana dah,jadi bila tengok perangai budak-budak sekolah ni,teringat juga perangai sendiri masa kecik-kecik dulu,tak kecik ke tak besar ke sama juga...hehe~~
Lepas baca buku,sorok pulak!!!

Minta maaf la ya... awak lambat,awak tak dapat la buku tu! hehehe..
ok bye bye!!




*Suziean with her story...




No comments:

Post a Comment