Wednesday, 2 September 2015
Syukur
Bismillahirrohmanirohiim~
Assalamualaikum,lama sungguh tidak updated blog kesayangan ku ni!! Last updated pun masa percutian ke dubai hari tu. (^-^)/ ada cerita baru nak kongsi ni. Sebenarnya memang tersangat nak share berita gembira ni,tapi kena sabar je la..hihi~
Alhamdulillah~
Allah telah memberikan rezeki yang tidak terhingga buat aku dan juga suami tercinta =)
Berita kehamilanku aku khabarkan kepada suamiku bila waktu subuh itu aku termimpi tentang test UTP yang positif!! Tak sangka mimpi ni memberikan khabar gembira. Tapi sebelum itu,memang dah beli dah utp clearblue,memandangkan tarikh dah sampai,maksudnya dah lewat dalam 2 hari kot..hihi dah lupa da~
Dan bangun-bangun je subuh tu terus buat utp pregnant,(air kencing yang pertama sesuai untuk dibuat ujian ). Masa tengah tunggu result utp tu,hati ada sedikit gentar jugala,dan bila result menunjukkan hasil positif,secara automatiknya,air mata ni mengalir (sedih sbb syukur sangat =) ).
Then tunjukkan result utp test pada husband melalui kiriman wassup.(memandangkan husband tinggal jauh kat dubai,so wassup la jadi penghubung kami berdua.) Yang tak boleh blah nye..husband siap tanya,macam mana result tu? aku tergamam =( so aku pun cakap la.saya dah pregnant and result tunjuk hasil positif!! adoiii husband aku =P
Kami berdua bersyukur sangat dengan pemberian allah ni kepada kami.Tapi husband macam tak percaya pun ada,dia kata balik kerja nanti,pergi beli utp jenis murah plak nak tengok result sama ke tak.hmm~ soo aku pun ikutkan juga la,so malamnya tu rasa berdebar-debar pun ada juga takut result utp tak sama kan..huhu~
Memandangkan tengah malam tu dah terbangun and rasa nak membuang air kencing,terus cek menggunakan tester yang jenis murah tu,(tak bole tunggu esok pagi dah sebab,first kencing yang pertama kena try hihi~)tunggu punya tunggu alhamdulillah hasil menunjukkan positif. =). Tengah malam tu juga sms husband bagitau result yang sama iaitu "POSITIF"
Alhamdulillah,alahan cuma sampai 3 bulan sahaja.Memang perit juga bab nak muntah tu,selera makan pun dah berkurang,dah makan tapi keluarkan balik,mungkin sebab baby tak suka =). Alhamdulillah sekarang kandungan dah masuk 5 bulan lebih bersamaan 22week.Syukur.
Doakan supaya saya dapat melahirkan zuriat kami dengan selamat dan dipermudahkan semuanya =)
Saya sentiasa doakan bakal-bakal ibu yang belum ada zuriat akan dikurniakan cahaya mata.Insyallah awal bulan januari 2016 ni dah due.Nebes pulak rasanya.hihi~
Ok jumpa lagi di entry yang akan datang!.
Suziean with her story~
Labels:
Mommy to be
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment