Assalamualaikum ~
Entry Miss Suziean kali ini " Bila Hati Ingin Berbicara "
Haha..dah lama tak updated blog.. tiba tiba jak buat entry macam hati dah merajuk... so.. layan la entry ni walau sekejap :)
Bila Hati Ingin Berbicara
Aku ingin meluahkan segalanya apa yang tersirat di dalam hati, namun apakan daya.. adakah aku mampu untuk mengatakanya mahupun untuk di luahkan? Tidak.
Aku ingin berbicara tentang semua yang ada dipandanganku.. tentang apa yang ku rasa.. tentang apa yang ku perolehi..tentang apa yang ku ketahui... perlu.
Aku ingin berlari untuk mendapatkanya..tetapi mampukah aku untuk mendapatkanya walaupun aku telah memilikinya? Adakah aku faham akan maksud itu? In sya allah.. " DIA" akan membantu hambanya..amin
Aku..
Aku gembira dengan hubungan yang tercipta.. bagiku, ini adalah kerana Engkau telah menciptakan sebuah ikatan siraturrahim antara aku dengan orang - orang yang dekat kepadaku..akan ku jaga ikatan siraturrahim ini... Bertemu nya kami kerana ENGKAU.. alhamdulillah.. Berpisah nya kami kerana KEHENDAK -MU.. aku redha.
Hati.. bersabarla.. sesungguhnya semua itu nampak indah dipandangan mereka namun tidak pernah secalit pun mereka nampak luka nya... tidak mengapa..mereka membuatkan kita bahagia walaupun tidak nampak akan " isinya" :)
Hati ini selalu ingin berbicara.. tentang rasa keinginan ku.. boleh ke? Aku tak tamak..aku bukan ingin semuanya..aku hanya ingin berbicara.. ia.. berbicara tentang setiap rasaku..tentang setiap langkah ku... tak perlu risau..aku hanya ingin kamu mendengar apa yang aku ingin luahkan... secebis perasaan yang lahir yang berabad lama ku simpan.. :)
Wahai hati..
Bersabarla..walaupun dia mampu melihat..mendengarinya..tetapi adakah dia mampu merasainya? :) bersabar la.. mungkin suatu hari nanti... ia.. aku harus bersabar.. tidak mengapa wahai hati.. kita ini wanita memang lahir dengan perasaan itu.
Bila Hati Ingin Berbica.
Ini ceritaku..walaupun isinya kurang jelas di pandangan pembaca.. tetapi ianya sungguh mendalam bagi si penulis.
Miss Suziean with her story..
sammy..xmo sedey2....
ReplyDeleteHihi..ya.. x mau sedih sedih.. apakan daya.. :) :(
ReplyDelete