First time bercuti dengan family husband :) ye laa baru kahwin kan..huhu.Dah masuk 3 bulan dah jadi suami isteri dan setakat ni alhamdulillah~ =) bahagiaa~
Ok berbalik pada cerita cuti bersama my mak mertua and kakak dan adik ipar,kami memilih tempat bercuti di Ipoh,Perak. Sebabnya memilih tempat itu,kerana adik ipar Farah berkerja di UTP perak. Cantik sangat..dan masjid UTP sungguh cantik =)
Tapi,kedudukan UTP dengan bandar dan tempat perlancongan yang lain sangat jauh. So kami kena la gerak awal-awal,lepas subuh tu dah standby dah bersiap awal,then breakfast dah tu jalan-jalan la menuju ke destinasinya..hehe. yang tak tahannye,setiap kali nak singgah mana-mana tempat tu mesti nak masuk toilet,agaknya dah banyak toilet juga kami masuk (mak mertua n akue) =p
Kak long and farah gelakkan kami je =
Antara destinasi yang kami pergi sepanjang bercuti d Perak ialah Pulau Pangkor,Bandar Ipoh,Gua Tempurung,UTP dan Kellie Castle =)
Best sangat-sangat,so siapa nak datang bercuti ke Perak ni boleh la bawa family sekali.
Kat belakang tu Pulau Pangkor, masa ni kat Jeti Marina lagi...hihi tggu Bot mariiiii
Tadaaaa~~ Dah sampai pun Pulau Pangkor =)
Haaa yang baju Hitam tu la Farah, thanks bawa jalan-jalan Ipoh =)
Kat Perak pun,bangunannya lebih kurang sama dengan Penang,tapi kat Penang,lukisan banyak sangat so yang kat Ipoh ni tak la banyak sangat...tapi ia nampak menarik juga sebabnya,bangunan yang lama ni kiranya tak terbiar jugala,kiranya ada juga orang-orang memperbaharui bangunan tersebut dengan berlatar belakangkan corak "old school" gitu,...waaah cantik sangat..
Kalau tempat lain susah kita nak jumpa restoran atau kedai-kedai lama yang nampak Antik. So feel bila masuk tempat tu dah rasa macam kita balik zaman 60'90'.Hihihi~ semuanya nampak lama,nampak sangat perbezaan antara kedai-kedai dan restoran yang biasa kami masuk dalam keadaan moden,semuanya new stufff kan..huhu
Hehe~~~ senyum jangan tak senyum =p
with ODD Fun (kena paksa bergambar disini..hehe)
This is IPOH =p pose jangan tak pose..perkara wajib~~
Siapa pege Ipoh,bole la jumpa "pak teh" =p
Ni la restorannya..nama restoran ni #karat135 kalau nak tengok Instagram dia pun ada, just taip Karat135.
makanan pun bole tahan juga sedap nya,,mcm standard restoran yg ade classss...mcm2 adaaa
dah penat makan,pege main basikal plak..just rm15 je untuk 45 minit adult ok....
This is Kellie's Castle yoooo!!!!
View dari atasss kellie castle!!! so beautifulllll
Nak naik kellie castle ni kena hati-hati sebab bahgian atas bumbung tu bahaya sangat sebab takde pagar,takut jatuh nanti bila asyik sangat bergambar...huhu...kanak-kanak mesti ada pengawasan dari ibu bapa tau!!! =)
Hehehehe~ safety first
Dah tu,kami ke Gua tempurung~~~
Alhamdulillah,masa tengah berrcuti tu cuaca pun cerah,hujan pun dalam rintik-rintik je,masa ni negeri-negeri lain mengalami banjir yang sangat teruk,dan selepas kami habis bercuti tu,kuala kangsar pula yang mengalami banjir teruk.Nasib baik kat Batu gajah tak mengalami banjir,kiranya masih selamat lagi la.
Ok!
Musim bercuti pun dah habis,kali ni shopping tak banyak sangat duit keluar...haha sebab tak pege mall pun,just melawat bandar ipoh and pege tempat menarik.So kena rancang apa yang nak kena beli dan tempat yang nak kena pege tau. heehee~~ =p
*Suziean with her story...
No comments:
Post a Comment